Yep, saya berada di Sungai Petani. Baru sampai! Dah lama tak datang sini. Dulu saya belajar diploma di sini, berdekatan Taman Sejati Indah. Banyak kenangan di sini, terutama bersama kawan-kawan. Tak sangka hari ini akan kembali ke sini!!
PARK AVENUE HOTEL, SUNGAI PETANI.
Saya baru lepas chek-in di Park Avenue Hotel. Dulu biasa main bowling bersama kawan-kawan di sini. Hotel ni walaupun dah lama, tapi masih ok. Harga pun bagi saya tidak lah terlalu tinggi. Bilik yang saya menginap harganya RM155, ada 2 katil (single bed). TV agak lama sikit (bukan flat screen). Toilet ada bath tub. Peti ais ada tapi kosong (tak ada choclate atau air tin. Kalau ada pun bukan nak makan, mahal! hahah!).
D' King Restoran
Malam, kiteorg makan di D' King Restoran, berdekatan Giant & Tol Sungai Petani Selatan. Restoran ni femes Mee Kuah-nye. Dan makanan di sini semuanya seefood. Antara menu special yang kiteorg ambil ialah "Ikan Masak 6 Rasa", iaitu ikan masak 3 rasa + Chinese cuisine 3 rasa. Pergh!
Fresh!
Ikan masak 6 rasa!!
Udang! (sorry gambar kurang jelas!)
Pintu masuk D'King restoran!
Ok. Sampai di sini dulu. Nanti kita sambung lagi!!







No comments:
Post a Comment